Wednesday, December 17, 2008

Tengkah Enterprise


Tengkah Enterprise merupakan satu firma yang kebanyakan kerja-kerja dilakukan adalah sebagai sub-kontraktor. Sejak penubuhannya, kerja pembersihan adalah kontrak terbesar yang pernah ditandatangani pada tahun 2003.

Tengkah Enterprise
juga ada mendapat tawaran dari sektor kerajaan untuk menjadi pembekal kepada MITI ( Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri) seperti alat tulis dan sebagainya.

Firma yang menjangkau 7 tahun ini berusaha untuk terus maju kehadapan lagi dengan tawaran-tawaran yang dikira mampu untuk dipikul demi mencari pengalaman dalam kerja-kerja yang diperolehi.


PENYELENGGARAAN TANAMAN DAN KAWASAN
Bagi kerja-kerja penyelenggaraan tanaman dan kawasan ini TENGKAH ENTERPRISE telah mendapat kontrak daripada BANK NEGARA MALAYSIA. Kerja-kerja menyelenggara ini dilakukan di Rumah Peranginan Bank Negara Malaysia di cameron Highlands dan juga di kediaman Timbalan Gabenor yang terletak di Cheras.

Firma ini juga telah mendapat tawaran dari DBKL, untuk kerja-kerja
Pemotongan Rumput di Tempat-tempat Awam Kuala Lumpur selama 3 tahun bermula dari 1 Mac 2007 hingga 28 Feb 2010.
Selain itu firma telah mendapat peluang untuk membekal serta menanam pokok bunga dan juga membekalkan peralatan sukan ke 3 buah sekolah di kawasan Kuala Lumpur sahaja.